Friday, May 21, 2010

Keinsafan (Perbualan Iman dan Kita)

bismillah...


Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak
awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.
VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar…

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran,
zikir, ma’thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami
memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah
punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!
Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di
dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan
kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa,
tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak
terjaga…

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji,
kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah
Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan
baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka
meminggirkan kami.

Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah,
sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan
kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan
ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami
meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja
untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.
Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan
perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma je
khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu
percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak
boleh.. Saya rimas..

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak
perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan
perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami
maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli
jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang.. Tak tenang, management
berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Kami free of charge..Tuan takkan rugi,
sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita
akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..

Diri : Terima kasih..Panggillah ahli jawatan kuasa kamu bekerja
semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik
ma’thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini
dan seterusnya

Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..

******

Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam
syarikat kita. Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan iman
dan jabatan dosa. Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-
pekerja kita. Mari berusaha!!!


Sunday, May 16, 2010

Majlis Tautan Generasi ke-6



















Pastikan diri anda hadir pada majlis ini => 6th gen MMY

rindu kawan-kawan...

Jumpa di sana...

Wednesday, May 5, 2010

Muqaddimah... ^_^

Bismillah...
Assalamualaikum putra putri 6th gen Maktab Mahmud Yan secara khususnya dan kepada para pembaca umumnya.... pertama kalinya syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang sentiasa memberikan kita nikmat tanpa henti-henti tidak kira samada ketika kita tengah mengingati-Nya ataupun tidak
mengingati-Nya, tengah membuat maksiat atau ibadah kepada-Nya, tetap nikmat-Nya untuk kita... dan juga nikmat keizinan-Nya mewujudkan blog 6th gen ni...

Bonus kepada ukhti Jannah Mazlan yang bersungguh-sungguh dalam mewujudkan blog ini... walaupun banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, tetap masih boleh memberikan masa dan waktu untuk menyiapkan blog ni, apapun itulah pusingan roda kehidupan kita, kita akan sibuk pada apa yang kita sibukkan, tapi ingat,kita perlu mengutamakan apa yang lebih utama(fiqh awlawiyyat), seperti kata-kata Assyahid Hasan Al Banna, "Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya", erk..!!! 'terkhutbah' plak ^_^, papun, ambillah yang baik darinya...

Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menguatkan lagi tali ukhwah yang telah kita bina di Maktab Mahmud Yan dulu... ramai yang telah hilang entah ke mana.. moga diketemukan semula.. ana akhiri muqaddimah blog ni dengan doa rabithah.. sama-sama kita menghayatinya..:

Bismillah...
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan 2x


Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…


Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu

Matikan dalam syahid di jalanMu

Engkaulah pelindung dan pembela 2x

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jal
annya
Terangilah dengan cahyaMu

Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami......3x

yang benar :
ibnmisr_91 ^_^

Monday, May 3, 2010

a warm welcome ;)

salam to all.

hope blog ni dpt eratkan lg ukhwah sesame kite.hrp jgk yg sume org dpt participate dlm menjayekan blog ni k.

::sayonara::